Wednesday, 20 January 2016

ღ Ada Apa Dengan Kahwin ღ

Hello everesttt~

Dalam usia Eve yang hampir menjangkau 26 tahun ni, (still 25 years and 4 months!) most of my friends dah pun menginjak ke dunia perkahwinan. Alhamdulillah... Happy for them... Tak kurang juga yang dah beranak-pinak... single-mingle like me pun ada,.. yang dah bercerai-berai pun ada... (sorry to hear that! >.< )

Pokok-pangkalnya, sesebuah perkahwinan ni memerlukan kedua-dua pihak untuk saling bertolak-ansur, hormat-menghormati, saling memahami, belajar menerima kekurangan pasangan, menjaga iman dan sentiasa berpegang teguh dengan agama...

Well said, right? those who experienced this will eventually disagree with me... well, that was based on the story from a friend of mine yang menghadapi masalah ini... mungkin bukan jodohnya... (macam tajuk novel pulak!)

Pendek kata...

" Sedangkan lidah, lagi tergigit...
Apa pula suami isteri...
Buang yang keruh,
Ambil yang jernih,
Baru teguh, peribadi..."

kata P. Ramlee.

Panjang kata? Panjang tak kata apa-apa.

But don't be scared wife-to-be or husband-to-be. Bagi Eve, semua ni terletak pada kekuatan suami atau isteri untuk menjaga keluarga mereka. Cuba bertahan selagi mampu. Bayangkanlah masa-masa bahagia, (macam lirikkkk je?) bila hubungan anda terasa berantakan... So, that you couldn't afford to hurt your spouse... Ingat, dia bukan sahaja peneman hidup anda, dia mungkin bidadari atau putera anda di Syurga nanti~

So, Ada Apa Dengan Kahwin?

I would like to share a few activities for newly-wed yang some friends of mine share to me.
(sebab Eve pun, wife-to-be!)

Kalau nak cerita maksud perkahwinan, maksud akad dan lain2 tu, mungkin anda lebih sedia maklum dari Eve atau Tanyalah Google... ok?

Firstly, of courselah, jalan-jalan dengan suami pergi berbulan madu, Anggaplah macam keluar jalan-jalan dengan kawan. (Cuma kawan yang ni, banyak sikit aktiviti bersamanya~! :P) Tak pergi oversea, hotel mewah, or cari scene lagu Gerua dalam cerita Dilwale tu pun tak apa, jalan-jalan dalam Malaysia ni pun cukup dah. Yang penting, masa bersama tu~ The best idea was drive sepanjang pantai mengelilingi Malaysia~ Seriously, best gila! #truestory

Secondly, right after kahwin, cepat2 pergi beli baju sama jenis and sama warna. Memang sweet sangat! Kalau encik abang tak nak, merajuk okay?! Gurau je~ Sama warna pun cukup dah kalau dia malu2 kucing , ala bucuk2~!

Thirdly, every weekend, DATING TIME!!! Ajak dia pergi buat aktiviti2 mencabar seperti panjat gunung, jogging kat taman rekreasi, or maybe boleh ajak dia pergi makan sesuatu yang sangat2 anda idamkan setelah sekian lama anda tidak dapat! Find out!!! Or, ajak dia pergi tengok bola sepak dekat Stadium instead of watching the game from home. Awesome!

Keempat, duduk dalam bilik... layan movie bersamanyaaaa.... sebelum nak layan movie tu, jangan lupa readykan pop corn anda... tak kisahla, keropok lekor pun bolehhh~! Sekali sekala je kan... bukan selalu... Kalau dia ni kaki game, apa kata anda join main playstation dengan dia? (well this applied to the girls laaa... tapi Eve dan bakal suami memang kaki game! Apa lagi? hehuhehu~!!!) Untuk encik abang, apa kata ajak dia buat kek sekali-sekala... then, macam biasala kalau tengok scene citer korea tu, main baling2 tepung~! Ala sweetnya...

Kelimaaa... basuh kereta bersama! Kalau dulu, malas nak cuci kereta sendiri, apa kata ajak pasangan anda cuci bersama. Macam scene cerita Korea jugak je kan?

Seterusnya, jangan lupa visit saudara-mara... tujuannya untuk kenalkan orang baru dalam keluarga. Tak adalah mereka2 ni terkejut melihat pasangan anda nanti. Eh, ni anak sappaaa ni? Soal atuk yang tiada kudrat untuk hadir pada majlis perkahwinanku yang lalu. Erk...!

Last but not least, ajaklah pasangan anda berjemaah bersama. Itulah aktiviti yang paling menarik untuk dilakukan bersama pasangan selepas kahwin, SETIAP HARI, tanpa jemu~! Mengaji Al-Quran bersama, ke surau bersama, qiamulail bersama... MasyaaAllah, indahnya setiap saat membuat rumah di Syurga bersama-sama...

Tujuan Eve menulis aktiviti-aktiviti bersama ni, bukanlah nak menunjukkan yang manis2 semata-mata... A few friends of mine jadi takut nak kahwin sebab ambil example orang2 yang gagal dalam perkahwinan. Gagal dalam perkahwinan itu mungkin petanda itu bukan jodohnya,.. create as much memories together so that bila perkahwinan menjangkau usia lebih 10 tahun, kita boleh ingat kembali betapa gembiranya kita suatu masa dahulu and let's start again like how we used to when we just got married :) 









Sunday, 17 January 2016

ღ Me,Myself & I ღ

Given name was Nur Hazlina Zainal... Friends called me Lynn... Actively playing a few online games with my in-game name, Evelynn (love it so much!)... Born in Kuala Lumpur, staying there for like 14 years, continued study at Kajang for a year, then Negeri Sembilan for 2 years, another 3 years for Diploma at Melaka and 2 years at Shah Alam for Bachelor Degree... Now, working at Terengganu for 2 years, soon to get married with someone from Johor and will be moving there in a few months... and this is all about my so-called life... phew~!